Diesel Fuel

Seperti petrol, diesel adalah campuran hidrokarbon yang diekstrak dari petroluem mentah. Terdapat pelbagai gred untuk minyak diesel untuk enjin diesel yang biasanya dijual di stesen yang sesuai untuk enjin diesel berkuasa tinggi termasuklah kenderaan ringan. Minyak diesel mudah terbakar bila disuntik masuk ke dalam silinder ruang pembakaran. Semakin rendah gred minyak diesel, semakin lambat ia mencapai titik penyalaan. Dengan menggunakan minyak diesel yang lebih rendah grednya juga akan meningkatkan bilangan ketukan diesel di dalam enjin.

Bila minyak diesel disuntik ke dalam silinder ruang pembakaran, ia tidak akan menyala serta merta. Ini akan mengambil masa untuk haba udara yang dimampat di dalam silinder untuk memanaskan minyak diesel sepenuhnya sebelum berlaku penyalaan. Tempoh masa dari permulaan suntikan kepada permulaan pembakaran dipanggil tempoh lengah (delay period). Semasa tempoh lengah ini, minyak diesel akan terus disuntik ke dalam silinder. Bila minyak sudak dipanaskan sepenuhnya, ia akan menyala. Pembakaran akan berlaku.

Tekanan secara tiba-tiba daripada gelombang getaran dalam ruang pembakaran boleh didengar di luar enjin. Ini adalah bunyi yang dipanggil ketukan diesel (diesel knock). Ketukan diesel (diesel knock) ini juga boleh terjadi akibat kelembapan minyak diesel untuk mencapai suhu pembakaran.

Semakin tinggi gred minyak diesel, maka semakin mudah enjin yang sejuk untuk dihidupkan. Enjin akan menghasilkan asap yang kurang dan kurang baki minyak diesel yang tertinggal dalam ruang pembakaran.

Enjin diesel juga diperlukan beroperasi pada suhu yang rendah. Semasa suhu rendah, minyak diesel menjadi semakin likat. Jika suhu terlalu rendah, parafin di dalam minyak diesel mula memejal dan membentuk wax. Wax ini boleh menyekat penapis seterusnya menyebabkan kekurangan minyak dan kuasa keluaran (output) yang rendah. Minyak diesel juga bertindak sebagai pelincir untuk komponen sistem bahan api menyebabkan komponen bebas dari air.