Crankcase

Semasa enjin beroperasi, sesetengah gas dari ruang pembakaran bocor di antara gelang piston (piston rings) dan dinding silinder (cylinder wall) jatuh ke dalam kotak engkol (crankcase). Kebocoran in dipanggil 'blow by'. Minyak yang tidak terbakar dan air dari proses kondensasi juga mencari jalannya ke kotak engkol (crankcase) dan lain-lain. Apabila enjin mencapai suhu kendalian, air dan minyak akan meruwap.

Untuk mengelak tekanan bertambah, kotak engkol (crankcase) harus mempunyai liang pengudaraan. Bagi kenderaan lama, hasil pemeluwapan dibebaskan melalui satu salur pengudaraan atau satu saluran ke jalan. Ia dibentuk untuk membebaskan hasil pemeluwapan dari kotak engkol (crankcase) ketika mana kenderaan bergerak.

Kenderaan masa kini pula, gas dan hasil pemeluwapan disalurkan semula ke sistem masukan (inlet system) untuk dibakar. Kaedah yang biasanya digunakan ialah Positive Crankcase Ventilation (PCV). Injap yang dipanggil PCV mengedarkan aliran gas di antara kotak engkol dengan pancarongga masukan (intake manifold). Ini dikawal oleh tekanan di dalam pancarongga (manifold). Dengan enjin dimatikan, injap ini tertutup dan udara tidak boleh memasuki pancarongga masukan (intake manifold). Ini membenarkan enjin untuk dihidupkan. Semasa keadaan melahu (idle), tekanan rendah di dalam pancarongga (manifold) mendorong injap ke hujung sebelah yang lain. Ini membenarkan kuantiti hasil pemeluwapan yang sedikit melepasi injap tersebut. Pada keadaan bukaan pendikit (throttle) yang besar, kedudukan piston (plunger) injap membenarkan aliran maksimum mengalir , yang memberi liang pengudaraan (ventilation) maksimum kepada kotak engkol.

Sistem tersebut direkabentuk untuk mengalihkan lebih banyak udara daripada 'blow by'. Jadi akan ada udara yang bersih terutamanya pada penapis udara untuk menyalurkan udara yang ditapis ke kotak engkol (crankcase). Masukan ini biasanya sejauh mungkin daripada injap PCV. Bukaan pendikt (throttle) yang luas menghasilkan 'blow by' maksimum. Gas yang tidak dapat dikawal melalui sistem vakum disalurkan semula melalui sambungan masukan ke penapis udara di mana bercantum dengan udara masukan karburator dan didesak ke dalam silinder untuk pembakaran.