SINOPSIS KURSUS
AUTOMOTIF
Kursus Automotif yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek ‘hands-on’. Program ini merangkumi bidang-bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/ mendiagnogsis. Program latihannya menjurus kepada menyediakan pelajar yang mampu berdikari dan mirip kepada keadaan sebenar. Aspek penggunaan komputer dalam bidang automotif juga diberi penekanan.
Kursus ini antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
Penyenggaraan asas dan penjagaan kenderaan.
Merombak rawat enjin.
Komunikasi grafik dan CAD.
Sistem elektrik kenderaan.
Kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan.
Pengurusan pusat servis.
Peralatan elektrik dan elektronik automotif.
Pelbagai sistem kenderaan seperti sistem transmisi,sistem bahan api,sistem penyamanan udara, sistem brek,sistem kawalan emisi dan sistem pancitan.
Keselamatan dalam penggunaan alat automotif.
Setelah mengikuti kursus ini antara lain pelajar akan dapat membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan penjagaan kenderaan.
Merombak rawat, menguji, memasang dan mengujilari pelbagai bahagian dan sistem kenderaan
Penggunaan komputer dalam komunikasi grafik dan CAD.
Merancang dan mengurus pusat servis.
Menyelia kerja baik pulih kenderaan
Menyediakan laporan teknikal
Penilaian Modul Kursus Kolej Komuniti
Setiap modul dalam kursus ini akan dinilai dalam bentuk sumatif dan formatif. Penilaian formatif membawa pemberatan sebanyak 80% manakala penilaian sumatif sebanyak 20%. Kaedah yang digunakan untuk penilaian formatif adalah seperti projek, portfolio, kerja makmal, kuiz, tugasan. Bagi penilaian sumatif pula akan melibatkan peperiksaan akhir pada setiap semester.
Bidang Kerjaya Lulusan
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi setelah mengikuti kursus ini membolehkan lulusan menceburi bidang kerjaya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan automotif.
Di antaranya termasuklah:
Industri pengeluaran kenderaan
Pusat servis dan penyenggaraan kenderaan
Institusi pemeriksaan/ujian kenderaan
Industri perusahaan pembuatan automotif
Firma-firma insuran kereta motor
IKS yang berkaitan