Carburator System

Asas sebuah sistem karburator mengandungi tangki minyak (fuel tank) untuk menyimpan minyak. Salur minyak (fuel lines or pipes) menyalurkan minyak ke dalam sistem. Pam minyak (fuel pump) mendesak minyak dari tangki ke enjin. Sebuah penapis minyak (fuel filter) membersihkan minyak dan sebuah penapis udara (air filter) membekalkan udara yang bersih. Karburator mencampurkan udara dengan minyak dan mengawal kandungan campuran yang memasuki enjin. Pancarongga masukan (intake manifold) menyalurkan campuran tersebut ke dalam enjin. Karburator harus membekalkan kandungan campuran udara-minyak yang betul untuk sesuai dengan keadaan operasi.

Karburator jenis daya bekal (down draught) adalah jenis yang paling kerap digunakan. Ianya dipasang pada pancaronggga masukan (intake manifold). Satu lagi jenis adalah karburator jenis daya simbah (side drought) yang jarang digunakan. Karburator mengubah cecair minyak kepada semburan dan bercampur dengan udara. Ia juga mengawal jumlah kandungan campuran udara-minyak yang dibekalkan ke dalam enjin. Ini dilakukan oleh injap pendikit (throttle valve) yang terletak berhampiran bahagian bawah karburator yang bersambung dengan pedal minyak (accelerator pedal).

Karburator jenis daya bekal (down drought) ini mempunyai bebola apungan untuk minyak. Satu hujung daripadanya terendam bersama minyak. Satu lagi hujung ialah sumpitan penyahcas minyak (fuel discharge nozzle) di dalam venturi. Semasa piston bergerak dalam keadaan lejang masukan , ia menghasilkan satu kawasan tekanan rendah yang menyebabkan udara dari atmosfera masuk melalui venturi. Venturi mempunyai satu kawasan yang lebih sempit yang direkabentuk untuk memacu udara yang melaluinya. Keadaan yang terhasil sama seperti konsep pada sayap kapal terbang. Bentuk bahagian sayap memacu udara yang melaluinya bahagian atas sayap dan menghasilkan kawasan tekanan rendah di situ, yang lebih rendah dari tekanan atmosfera di bahagian bawah sayap. Kesannya, daya tujah ke atas terhasil seterusnya menghasilkan daya angkat kepada kapal terbang.

Bentuk venturi direkabentuk untuk mengaplikasikan konsep yang sama. Ia menghasilkan satu kawasan tekanan rendah di mana kawasan hujung sumpitan terdedah ke dalam aliran udara. Jadi, tekanan atmosfera pada minyak dalam bebola apungan lebih tinggi dari tekanan di hujung sumpitan. Ini akan memaksa minyak mengalir dari sumpitan. Minyak akan bercampur dengan udara yang melalui venturi setrusnya berpecah menjadi titisan.

Kenderaan ringan di bawah keadaan normal memerlukan nisbah jisim 15 : 1 atau nisbah isipadu 11000 : 1 campuran udara-minyak. Nisbah ini sesuai untuk keadaan operasi enjin. Jika minyak berlebihan untuk udara akan menyebabkan pembaziran minyak dan pencemaran udara. Jika minyak sedikit pula akan menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan kebarangkalian enjin akan rosak.