VAU 101

VAU 101 - KESELAMATAN BENGKEL DAN PERALATAN TANGAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada punca-punca kemalangan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja menggegas dan megukur pada tahap kejituan yang ditetapkan. Penekanan juga diberi kepada aspek penjagaan peralatan tangan.


SUKATAN PELAJARAN

A. KESELAMATAN BENGKEL


Keselamatan diri, rakan sekerja, keselamatan peralatan, mesin dan tempat kerja, keselamatan dalam pengendalian bahan dan benda kerja, peraturan-peraturan NIOSH, mencegah kebakaran dan alat bantuan kecemasan/rawatan kecemasan.

B. ALAT TANGAN DAN ALAT PENGUKURAN

Pengenalan dan penggunaan alat-alat tangan, alat pemotong, alat-alat pengukuran seperti angkup vernier dan mikrometer, mesin gerudi, mesin canai dan lain-lain mesin dengan selamat.

C. ALAT TANGAN DAN ALATAN BERKUASA AUTOMOTIF

Pengenalan dan penggunaan alat-alat tangan automotif dengan betul dan selamat, menyenggara alat tangan dan peralatan berkuasa seperti peralatan pneumatic dan elektrik.

D. PROJEK MENGGEGAS

Menggegas mengikut tahap kejituan yang ditetapkan dengan menggunakan peralatan dan mesin.