VAU 311

VAU 311 - PENGURUSAN PUSAT SERVIS AUTOMOTIF

SINOPSIS

Modul ini akan menerangkan kaedah merancang dan menubuh sebuah pusat servis automotif serta pengurusan sebenar pusat tersebut.


SUKATAN PELAJARAN

A. MENUBUHKAN SEBUAH PUSAT SERVIS


Kajian pasaran, cara-cara untuk mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan lesen perniagaan.

B. LOKASI

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi pusat servis, prosedur untuk mendapatkan tanah/tapak untuk pusat servis, undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan dan menganalisis contoh-contoh lokasi.

C. SUSUNATUR BENGKEL

Kepentingan susunatur bengkel, faktor-faktor berhubung dengan susunatur bengkel, Merancang dan membuat susunatur bengkel.

D. PEKERJA

Kriteria-kriteria untuk memilih pekerja, kepentingan menjaga kebajikan pekerja. KWSP, SOCSO, kemudahan perubatan dan undang-undang buruh.

E. ORGANISASI PEMASARAN

Cara-cara memperluaskan perniagaan dan menarik perhatian pengguna.

F. PERHUBUNGAN PELANGGAN

Cara-cara untuk menjalin hubungan mesra dengan pelanggan.

G. TUNTUNTAN INSURANS

Perkara yang harus dilakukan apabila berlakunya kemalangan dan proses tuntutan insuran.

H. WARRANTY/ JAMINAN

Hak pengguna dalam perkara jaminan, jaminan-jaminan produk yang diberi oleh syarikat dan jangka masa yang sah. Mengetahui syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk diperlindungi oleh jaminan.

I. ANGGARAN KEROSAKAN AKIBAT KEMALANGAN

Menganggar secara kasar tuntutan berasaskan kerosakan dan kos gantian yang dialami dalam kemalangan.

J. AKAUN ASAS

Menguruskan akaun belian, akaun jualan dan akaun penggajian.

K. KAWALAN STOK

Menguruskan pengambilan dan penyimpanan stok.

L. LAPORAN

Isi kandungan laporan serta format yang betul.