EFI Principles

Sistem Electronic Fuel Injection (EFI) menggunakan pemancit (injector) yang dikawal oleh sistem elektronik sepenuhnya untuk menyemburkan petrol. Terdapat dua jenis sistem iaitu pancitan jasad pendikit (throttle body injection) juga dikenali sebagai pemancit satu titik (single point injection) dan pancitan berbilang titik (multi-point injection).

Pancitan jasad pendikit (throttle body injection) menyemburkan petrol ke udara yang melalui pancarongga masukan (intake manifold). Komponen sistem EFI ialah:

  1. Tangki minyak (fuel tank) - ruang simpanan petrol
  2. Pam minyak (fuel pump) - mengedarkan petrol dan membekalkan tekanan ke seluruh sistem
  3. Penapis minyak (fuel filter) - membersihkan petrol dan memelihara pemancit (injector)
  4. Rail minyak (fuel rail or pipe) - membekalkan petrol kepada pemancit (injector)
  5. Pemancit (injector) - menyemburkan minyak ke ruang injap masukan (intake valve port)
  6. Tolok pengawal tekanan (pressure regulator) - mengawal tekanan di dalam sistem
  7. Jasad pendikit dengan injap pendikit (throttle body with throttle valve) - mengawal aliran udara ke dalam enjin
  8. Penapis udara (air cleaner), saluran udara (ducting) dan tolok aliran udara (air flow meter) - membekalkan kuantiti udara yang bersih
  9. Kebuk pengudaraan (surge tank) - untuk membebaskan wap dalam aliran udara
  10. Electronic Control Unit (ECU) - menerima data dari sensor-sensor pada enjin. Data diproses dan hasilnya digunakan untuk mengoperasi pemancit (injector)