Engine SR20DET Overhauling Project

My Skill at Ledang


EFI Principles

Sistem Electronic Fuel Injection (EFI) menggunakan pemancit (injector) yang dikawal oleh sistem elektronik sepenuhnya untuk menyemburkan petrol. Terdapat dua jenis sistem iaitu pancitan jasad pendikit (throttle body injection) juga dikenali sebagai pemancit satu titik (single point injection) dan pancitan berbilang titik (multi-point injection).

Pancitan jasad pendikit (throttle body injection) menyemburkan petrol ke udara yang melalui pancarongga masukan (intake manifold). Komponen sistem EFI ialah:

  1. Tangki minyak (fuel tank) - ruang simpanan petrol
  2. Pam minyak (fuel pump) - mengedarkan petrol dan membekalkan tekanan ke seluruh sistem
  3. Penapis minyak (fuel filter) - membersihkan petrol dan memelihara pemancit (injector)
  4. Rail minyak (fuel rail or pipe) - membekalkan petrol kepada pemancit (injector)
  5. Pemancit (injector) - menyemburkan minyak ke ruang injap masukan (intake valve port)
  6. Tolok pengawal tekanan (pressure regulator) - mengawal tekanan di dalam sistem
  7. Jasad pendikit dengan injap pendikit (throttle body with throttle valve) - mengawal aliran udara ke dalam enjin
  8. Penapis udara (air cleaner), saluran udara (ducting) dan tolok aliran udara (air flow meter) - membekalkan kuantiti udara yang bersih
  9. Kebuk pengudaraan (surge tank) - untuk membebaskan wap dalam aliran udara
  10. Electronic Control Unit (ECU) - menerima data dari sensor-sensor pada enjin. Data diproses dan hasilnya digunakan untuk mengoperasi pemancit (injector)

Air Filter

Tire Pressure

Engine Construction

Motorcycle Inspection

Donut Recipe

VAU 101

VAU 101 - KESELAMATAN BENGKEL DAN PERALATAN TANGAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada punca-punca kemalangan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja menggegas dan megukur pada tahap kejituan yang ditetapkan. Penekanan juga diberi kepada aspek penjagaan peralatan tangan.


SUKATAN PELAJARAN

A. KESELAMATAN BENGKEL


Keselamatan diri, rakan sekerja, keselamatan peralatan, mesin dan tempat kerja, keselamatan dalam pengendalian bahan dan benda kerja, peraturan-peraturan NIOSH, mencegah kebakaran dan alat bantuan kecemasan/rawatan kecemasan.

B. ALAT TANGAN DAN ALAT PENGUKURAN

Pengenalan dan penggunaan alat-alat tangan, alat pemotong, alat-alat pengukuran seperti angkup vernier dan mikrometer, mesin gerudi, mesin canai dan lain-lain mesin dengan selamat.

C. ALAT TANGAN DAN ALATAN BERKUASA AUTOMOTIF

Pengenalan dan penggunaan alat-alat tangan automotif dengan betul dan selamat, menyenggara alat tangan dan peralatan berkuasa seperti peralatan pneumatic dan elektrik.

D. PROJEK MENGGEGAS

Menggegas mengikut tahap kejituan yang ditetapkan dengan menggunakan peralatan dan mesin.

VAU 102

VAU 102 - SENGGARAAN ASAS DAN PENJAGAAN KENDERAAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja menservis, pemeriksaan kenderaan dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ke atas kenderaan.


SUKATAN PELAJARAN

A. PEMERIKSAAN ENJIN


Pemeriksaan visual : minyak pelincir ,air radiator, cecair brek, minyak stering kuasa, elektrolit bateri, tali sawat, hos air, penapis udara, penapis bahan api dan mengesan kebocoran.

B. PEMERIKSAAN KENDERAAN

Pemeriksaan visual: sistem brek, sistem gantungan, tayar, stering, brek tangan, lantai dan badan kenderaan, ekzos, kebocoran pada kotak gear , kerbeda dan sistem peralatan elektrik .

C. MENCUCI KENDERAAN

Bahan dan peralatan mencuci dan menggilap kereta dan proses mencuci, vakum dan menggilap kenderaan di luar dan dalam mengikut prosedur yang betul.

D. MELAKUKAN KERJA MENSERVIS

Sistem pelinciran, gred minyak pelincir, sistem bahanapi, menukar penapis bahanapi, penapis udara, melaras campuran udara-bahanapi, sistem penyejukan jenis air dan udara, mengesan kebocoran, memeriksa pam air dan tali sawat serta melakukan kerja flushing, menguji tekanan udara, tayar, kerja putaran tayar, air pancitan untuk cermin, minyak brek, minyak stering berkuasa kuasa, minyak klac, minyak gear automatik dan penapis.

VAU 103

VAU 103 - ROMBAK RAWAT ENJIN SATU SILINDER

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada komponen-komponen enjin satu silinder dan kerja-kerja merombak rawat enjin motosikal dua dan empat lejang.


SUKATAN PELAJARAN

A. KENDALIAN ENJIN SATU SILINDER

Kendalian bahagian dan komponen, enjin petrol 4 lejang dan 2 lejang.

B. ROMBAK RAWAT KEPALA SILINDER 2 LEJANG
DAN 4 LEJANG


Kepala silinder : mencuci, memeriksa, mengukur dan menentukan keadaan komponen dan bahagian-bahagian kepala silinder, menghidupkan enjin dan melakukan penalaan.

C. ROMBAK RAWAT ENJIN 2 LEJANG DAN 4 LEJANG

Enjin motosikal : bahagian-bahagian enjin, mencuci, memeriksa, mengukur , mementukan keadaan komponen, menghidupkan enjin, melakukan penalaan dan uji pandu..

D. ROMBAK RAWAT TRANSMISI MOTOSIKAL

Kotak transmisi : mencuci, memeriksa, mengukur, menentukan keadaan komponen, menghidupkan enjin dan uji pandu.

VAU 104

VAU 104 - KEMAHIRAN KOMPUTER UNTUK JURUTEKNIK AUTOMOTIF

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada kaedah menggunakan komputer untuk menguruskan kerja-kerja harian juruteknik automotif seperti menyediakan laporan, mendapatkan pelanggan melalui internet dan mendapatkan maklumat dari laman web.


SUKATAN PELAJARAN

A. KEMAHIRAN ASAS KOMPUTER


Istilah asas komputer, penggunaan tetingkap untuk membuka menu, membuka file, save, save as, pilihan font dan size, bold, underline, cut and paste, lukisan mudah, print preview dan mencetak.

B. WORD PORCESSING, SPREADSHEET DAN LAPORAN

Penggunaan perisian seperti MS Word, Excel dan Powerpoint. Penghasilan
laporan, job sheet, pesanan barang, surat menyurat dan persembahan.

C. E-MAIL DAN INTERNET


Alamat e-mail, laman web untuk mendapatkan maklumat dan berurusan dengan lain-lain cawangan melalui laman web/e-mail. Menggunakan k-ekonomi dan laman web sale point.

VAU 205

VAU 205 - PRINSIP ELEKTRIK AUTOMOTIF

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja memeriksa, membaiki dan mendawai sistem pendawaian elektrik motosikal dan kereta.


SUKATAN PELAJARAN

A. ELEKTRIK ASAS

Pengenalan kepada litar siri, selari dan siri-selari, penggunaan alat uji elektrik asas seperti voltmeter, ammeter, Ohmeter dan lampu uji serta melakukan kerja-kerja pendawaian asas.

B. BATERI

Pengenalan kepada bahagian bahagian dan fungsi sebuah bateri bekal, kapasiti ‘amp-hour’, kaitan voltan dengan bilangan sel dan terminal positif dan negatif. Proses mengecas satu bateri dan berbilang bateri dan melakukan kerja-kerja pengujian dan penyenggaraan bateri.

C. PENDAWAIAN ELEKTRIK KERETA

Kod warna, kod nombor litar pendawaian, simbol, litar pendawaian, pendawaian mengikut piawaian M.S, proses ujian litar pintas, litar terbumi dan litar terbuka.

D. PENDAWAIAN ELEKTRIK MOTOSIKAL

Kod warna, kod nombor, mentafsir litar pendawaian, simbol, pendawaian mengikut piawaian, melakukan ujian litar pintas, litar terbumi dan litar terbuka.

E. MELAKUKAN KERJA KERJA MENDIAGNOSIS KEROSAKAN

Prosedur untuk melakukan kerja-kerja mendiagnosis dan membaiki kerosakan .

VAU 206

VAU 206 - KOMUNIKASI GRAFIK DAN CAD

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan berkomunikasi secara grafik serta dapat menghasilkan lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian komputer AutoCAD.

SUKATAN PELAJARAN

A. MEMBACA BLUE PRINT


Tafsiran lukisan, membuat lakaran 3D dan lukisan komponen mudah unjuran sudut pertama dan sudut ketiga.

B. MENTAFSIR LITAR-LITAR KEJURUTERAAN

Simbol dalam lukisan litar elektrik, litar dan simbol dalam litar pneumatik dan haidraulik, kod-kod warna bagi litar kejuruteraan-paip air, paip gas dan saluran elektrik.

C. LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

Penggunaan perisian lukisan terbantu komputer untuk menghasilkan lukisan dalam pelbagai unjuran dan juga lukisan litar kejuruteraan.

VAU 207

VAU 207- ROMBAK RAWAT ENJIN BERBILANG SILINDER

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada komponen-komponen dan kerja merombak rawat enjin berbilang silinder.

SUKATAN PELAJARAN

A. MEROMBAK RAWAT KEPALA SILINDER

Jenis-jenis kepala silinder, bahagian-bahagian kepala silinder dan fungsi, menanggal dan merombak bahagian-bahagian kepala silinder, pemeriksaan komponen-komponen, memasang, melaras dan melakukan kerja-kerja pengujian.

B. MEROMBAK BAHAGIAN BUNGKAH ENJIN

Jenis-jenis bungkah enjin, bahagian-bahagian bungkah enjin, merawat enjin berbilang silinder, melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan pengujian.

C. MENGELUAR DAN MEMASUKKAN ENJIN PADA KENDERAAN

Prosedur mengeluarkan dan memasukkan enjin pada kenderaan dan kerja-kerja penalaan pada enjin.

VAU 308

VAU 308 - SISTEM ENJIN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada sistem penyalaan elektrik dan elektronik, sistem penghidup, sistem pengecas, sistem penyejukan, sistem bahanapi dan sistem pelinciran serta dapat melakukan kerja-kerja merombak, memasang dan menguji.

SUKATAN PELAJARAN

A. SISTEM PENYALAAN ELEKTRIK (DENGAN TITIK SESENTUH)

Pengenalan kepada kendalian sistem penyalaan elektrik. Menanggal kabel voltan tinggi, kondenser, titik sesentuh dan gelung penyalaan serta melakukan kerja-kerja memeriksa , melaras dan menguji.

B. SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK

Sistem penyalaan elektronik serta kendaliannya, celahan udara pada ‘magnetic pick-up’, kendalian ‘magnetic pick-up’ dan mendiagnosis kerosakan sistem penyalaan elektronik.

C. SISTEM PENGHIDUP

Sistem penghidup : pendawaian sistem penghidup, menanggal motor penghidup dari enjin, merombak motor penghidup, menguji komponen- komponen motor penghidup, memasang, menguji dan mendiagnosis kerosakan pada sistem motor penghidup.

D. SISTEM MENGECAS

Pengenalan kepada kendalian sistem pengecas. Menanggal, merombak, merawat dan menguji alternator, memasang dan mendiagnosis kerosakan pada sistem pengecas.

E. SISTEM PENYEJUKAN

Pengenalan kepada kendalian sistem penyejukan. Menguji kebocoran, jenis-jenis ‘flushing’, bahagian-bahagian sistem penyejukan dan fungsinya, kerja-kerja pengujian dan mendiagnosis kerosakan pada sistem penyejukan.

F. SISTEM BAHANAPI

Sistem bahanapi karburetor : kerja-kerja menanggal unit penghantar isyarat tangki, pam bahanapi mekanikal dan karburetor serta membersih, memasang kembali komponen- komponen sistem bahan api dan melakukan kerja-kerja pengujian dan penalaan.

G. SISTEM PELINCIRAN

Pengenalan kepada kendalian sistem pelinciran, sifat-sifat minyak pelincir,
kerja-kerja menanggal, merombak, memeriksa dan menguji pam dan suis minyak pelincir.

VAU 309

VAU 309 - SISTEM KENDERAAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada fungsi semua sistem kenderaan serta boleh melakukan kerja mendiagnosis dan membaikpulih kerosakan.


SUKATAN PELAJARAN

A. SISTEM PENGHANTARAN KUASA


Kendalian klac, transmisi, aci pemacu, aci putar dan kerbeda. Menanggal aci pemacu, transmisi dan kerbeda, merombak, memeriksa, menguji dan memasang kembali komponen klac, aci pemacu, kerbeda dan transmisi sertra melakukan kerja ujipandu dan mendiagnosis kerosakan drive train.

B. SISTEM BREK

Kendalian sistem brek hidraulik servo, pepasangan brek ceper dan brek gelendung. Sifat minyak brek/klac, menanggal, merombak, memeriksa, menguji, dan melaras serta melakukan kerja-kerja mengdiagnosis kerosakan sistem brek.

C. SISTEM STERING DAN GANTUNGAN

Jenis-jenis sistem stering dan gantungan serta kendalianya. Menanggal, merombak, memeriksa, menguji, dan melaras serta melakukan kerja-kerja mengdiagnosis kerosakan bahagian-bahagian sistem stering dan gantungan.


D. PENGIMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA

Binaan tayar dan rim, geometri stering, kerja-kerja imbangan, kerja-kerja
pelarasan, putaran dan penjajaran roda. Menanggal, memeriksa, menguji,dan melaras serta melakukan kerja-kerja mengdiagnosis kerosakan.

VAU 310

VAU 310 - KIMPALAN UNTUK JURUTEKNIK AUTOMOTIF

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja kimpalan kepingan logam nipis dan membuat pembaikan kecil keatas badan kenderaan.


SUKATAN PELAJARAN

A. KIMPALAN GAS

Dapat membezakan silinder gas serta kerja-kerja penyenggaraan peralatan
kimpalan gas. Boleh menjalankan kerja-kerja kimpalan pada badan kereta.

B. KIMPALAN ARKA

Dapat mengendalikan mesin kimpalan arka serta kerja-kerja penyenggaraan .
Berkebolehan memilih saiz elektrod yang sesuai berdasarkan benda kerja dan
menghasilkan kerja kimpalan arka.

C. KIMPALAN MIG DAN TIG ASAS

Boleh menerangkan binaan mesin TIG, mengendalikannya dan juga dapat menghasilkan kerja kimpalan TIG.


D. MEMBAIKPULIH BADAN DAN KEMEKAN KECIL

Kerja-kerja mengimpal dalam proses membaikpulih badan kereta.

VAU 311

VAU 311 - PENGURUSAN PUSAT SERVIS AUTOMOTIF

SINOPSIS

Modul ini akan menerangkan kaedah merancang dan menubuh sebuah pusat servis automotif serta pengurusan sebenar pusat tersebut.


SUKATAN PELAJARAN

A. MENUBUHKAN SEBUAH PUSAT SERVIS


Kajian pasaran, cara-cara untuk mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan lesen perniagaan.

B. LOKASI

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi pusat servis, prosedur untuk mendapatkan tanah/tapak untuk pusat servis, undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan dan menganalisis contoh-contoh lokasi.

C. SUSUNATUR BENGKEL

Kepentingan susunatur bengkel, faktor-faktor berhubung dengan susunatur bengkel, Merancang dan membuat susunatur bengkel.

D. PEKERJA

Kriteria-kriteria untuk memilih pekerja, kepentingan menjaga kebajikan pekerja. KWSP, SOCSO, kemudahan perubatan dan undang-undang buruh.

E. ORGANISASI PEMASARAN

Cara-cara memperluaskan perniagaan dan menarik perhatian pengguna.

F. PERHUBUNGAN PELANGGAN

Cara-cara untuk menjalin hubungan mesra dengan pelanggan.

G. TUNTUNTAN INSURANS

Perkara yang harus dilakukan apabila berlakunya kemalangan dan proses tuntutan insuran.

H. WARRANTY/ JAMINAN

Hak pengguna dalam perkara jaminan, jaminan-jaminan produk yang diberi oleh syarikat dan jangka masa yang sah. Mengetahui syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk diperlindungi oleh jaminan.

I. ANGGARAN KEROSAKAN AKIBAT KEMALANGAN

Menganggar secara kasar tuntutan berasaskan kerosakan dan kos gantian yang dialami dalam kemalangan.

J. AKAUN ASAS

Menguruskan akaun belian, akaun jualan dan akaun penggajian.

K. KAWALAN STOK

Menguruskan pengambilan dan penyimpanan stok.

L. LAPORAN

Isi kandungan laporan serta format yang betul.